Saya Shima Hasim, Founder Hartaa.com dan seorang Perunding Hartanah Sepenuh Masa yang kini bernaung di bawah Esprit Estate Sdn Bhd. Saya telah berkecimpung dalam bidang hartanah sejak tahun 2013 dan berdaftar dengan LPPEH sebagai Real Estate Negotiator (REN13328). Saya membangunkan Hartaa.com sebagai platform untuk membantu pemilik, pembeli dan penyewa mendapatkan maklumat serta pilihan hartanah, khususnya di Negeri Sembilan.
Dengan latar belakang pendidikan dalam bidang Electronic Engineering dan pengalaman lebih sedekad dalam industri hartanah, saya telah mengendalikan pelbagai urusan jual beli dan sewaan hartanah serta membantu pelanggan melalui proses berkaitan pembiayaan dan dokumentasi.
Bagi saya, urusan hartanah bukan sekadar mencari rumah atau mendapatkan pembeli. Setiap pelanggan mempunyai keperluan, kemampuan dan situasi yang berbeza. Sebab itu saya lebih suka memahami keperluan pelanggan terlebih dahulu sebelum memberikan cadangan dan pilihan yang sesuai.
Sama ada anda ingin membeli, menjual, menyewa atau melabur dalam hartanah, saya sedia membantu dari peringkat awal sehingga urusan selesai — termasuk pemilihan hartanah, semakan kemampuan, pembiayaan serta proses dokumentasi dan guaman yang berkaitan.
Matlamat saya adalah untuk menjadikan setiap urusan hartanah lebih jelas, mudah dan teratur, supaya anda dapat membuat keputusan dengan lebih yakin berdasarkan keadaan dan keperluan anda sendiri.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli, menjual atau menyewa hartanah, mari kita berbincang terlebih dahulu. Saya sedia membantu anda melihat pilihan yang sesuai dan merancang langkah seterusnya.
PERKHIDMATAN HARTANAH DI NEGERI SEMBILAN
Perkhidmatan Ejen Hartanah
Urusan jual, beli dan sewa hartanah
dari awal hingga selesai.
Urusan dengan Banker
Susunan dokumen dan komunikasi berkaitan pembiayaan bersama banker.
Urusan dengan Panel Peguam
Panduan proses SPA, loan agreement dan urusan guaman.
Urusan Jual Beli Sewa dan Semakan Pembiayaan hartanah
Saya bantu pemilik dan pembeli hartanah di sekitar Negeri Sembilan. Pilih urusan yang anda perlukan di bawah.
Semak Pinjaman
Semak anggaran kelayakan pinjaman bank atau LPPSA terlebih dahulu.
Ingin jual, beli atau sewa rumah, apartment, kedai, tanah atau kilang di Seremban, Senawang, Bandar Sri Sendayan, Nilai , Port Dickson atau sekitar Negeri Sembilan?
Kita bincang supaya saya dapat memahami keperluan hartanah anda dan membantu mencari pilihan yang sesuai.
Jual Rumah Negeri Sembilan Beli Rumah Negeri Sembilan Sewa Rumah Negeri Sembilan Rumah Untuk Dijual Negeri Sembilan Rumah Untuk Disewa Negeri Sembilan Tanah Untuk Dijual Negeri Sembilan Hartanah Komersial Negeri Sembilan Hartanah Industri Negeri Sembilan
Kawasan Hartanah Utama
Hartanah Seremban Hartanah Seremban 2 Hartanah Senawang Hartanah Bandar Sri Sendayan Hartanah Nilai Hartanah Port Dickson Rumah Untuk Dijual Seremban Rumah Untuk Dijual Senawang Rumah Untuk Dijual Sendayan Rumah Untuk Dijual Nilai Rumah Untuk Dijual Port Dickson
Perkhidmatan Hartanah
Semak Kelayakan Pinjaman Rumah Semak Nilai Hartanah Semak Harga Rumah Pembiayaan Pinjaman Perumahan Pembiayaan LPPSA Khidmat Jual Rumah Khidmat Beli Rumah Khidmat Sewa Rumah Urusan SPA Hartanah Khidmat Banker & Panel Peguam
Hartanah Mengikut Kawasan
Ara Sendayan Tiara Sendayan Hijayu 1 Hijayu 2 Suriaman Senawang Perdana Bukit Senawang Perdana Puncak Rasah Garden Avenue Nusa Intan